Lelaki rasa geli bila pakai helmet, rupanya ada lipan menyorok

Lelaki rasa geli bila pakai helmet, rupanya ada lipan menyorok

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Wak Sarep mengalami satu situasi yang mendebarkan dan juga menakutkan apabila berdepan dengan salah satu serangga berbisa.

Seperti yang diceritakan lelaki ini dalam akaun Tiktoknya @waksarepysokan, kisahnya ketika lelaki ni sedang menunggang motosikal selama lebih kurang 40 minit, dia telah merasakan sesuatu yang geli di sekitar kepalanya yang pada mulanya disangkanya sebab rambut.

“Masa ride rasa, tapi ingat geli sebab rambut. Berhenti dan check, sekali pandang tak nampak. Rupa-rupanya dia menyorok celah-celah padding helmet. Selak betul-betul baru nampak,” kata Wak Sarep.

Rupa-rupanya, benda yang menyebabkan dia berasa geli ketika memakai helmet bukannya sebab rambut tetapi ada seekor lipan bersembunyi di celah-celah dalam helmet yang dipakainya.

Lelaki ini bersyukur kerana dirinya masih dilindungi dan tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku kepadanya seperti kena sengat lipan dan kemalangan dan sebagainya.

Dia berpesan kepada semua rider di luar sana agar mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak mengalami nasib sepertinya.

“Hati-hati korang.. Sebelum sarung helmet, check dulu.. Tengah ride, dok geli2 kat telinga pulak..” – Wak Sarep

Dinasihatkan agar semua pengguna motosikal agar periksa dulu keadaan dalam helmet sebelum memakainya kerana takut ada benda atau serangga yang menyorok.

VIDEO:

CATEGORIES

COMMENTS