Pelajar Giat Mara ubahsuai Perodua Kancil jadi 6 pintu dengan 8 tempat duduk, dah macam limosin

Pelajar Giat Mara ubahsuai Perodua Kancil jadi 6 pintu dengan 8 tempat duduk, dah macam limosin

GIATMARA merupakan sebuah institusi latihan peringkat akar umbi, budaya inovasi dan kreatif menjadi keutamaan supaya terus kekal relevan seiring perkembangan Industri.

Seperti mana sebuah rakaman video yang tular di Tiktok, sehingga menarik perhatian netizen mengenai reka cipta terbaharu ubah suai pada Perodua Kancil.

Secara umum mengetahui, Perodua Kancil yang mempunyai enjin berkapasiti 660cc,  berpintu empat dan panjangnya tidak melebihi 3 meter. Namun kali ini, Perodua Kancil  itu diubah menjadi sebuah ‘limousin’ berpintu enam dengan kereta dipanjangkan dan memuatkan lapan tempat duduk.

Projek limosin mini itu dijayakan pelajar pusat vokasional Giat Mara Kedah yang dimulakan sejak Mac tahun lalu dengan menjadikan Kancil sebagai kenderaan eksperimen.

Rata-rata orang ramai terkejut dengan ciptaan warga tempatan itu dan menyatakan setanding dengan jurutera luar negara.

“Kelebihan orng malaysia pemikiran di luar kotak…apa2 pun terbaik bang.

“Idea ni selama ni ada dlam otak try nk buat but bila dah tgok dah ada yg buat hati rase tenang ciok..terbaikkk.

@layang2tanpatali

#fypシ

♬ suara asli – Dewi 🌹 – Dewi 🌹

CATEGORIES

COMMENTS