[VIDEO] Lelaki Melayu cuba cakap dalam bahasa Cina raih perhatian ramai

[VIDEO] Lelaki Melayu cuba cakap dalam bahasa Cina raih perhatian ramai

Mempunyai kemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa tentunya salah satu skill yang sangat penting terutamanya dalam alam pekerjaan. Baru-baru ini pula, gelagat seorang lelaki berbangsa Melayu cuba bertutur di dalam bahasa Mandarin meraih perhatian ramai.

Semuanya gara-gara cubaannya itu yang berjaya membuatkan yang lain terkedu mendengarnya bercakap. Malah video tersebut juga tular dengan lebih setengah juta tontonan setakat ini di mana netizen turut berdekah melihatnya.

@pakwerangers405

bila aku cakap bahasa cina….org cina sendiri x faham apa aku cakap…#kuchingtiktok #fypシ #tiktoksarawak #fyp

♬ bunyi asal – pakwerangers405 – pakwerangers405

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan lelaki itu sedang duduk menunggu motorsikalnya selesai dibasuh di kedai tersebut. Dalam masa yang sama, dia turut berborak dengan rakan di sebelahnya di dalam bahasa Mandarin.

Namun apa yang melucukan ialah dia sebenarnya langsung tidak tahu untuk bertutur di dalam bahasa tersebut sebaliknya hanya meniru gayanya sahaja. Lebih mencuit hati, cubaannya bercakap itu turut membuatkan rakan di sebelahnya terkedu dan pelik mendengar bahasa yang digunakannya itu.

gelagat lelaki

Walaupun tidak dapat dipastikan apa yang dikatakannya, netizen turut terhibur melihat gayanya yang seakan-akan tahu apa yang dikatakan. Sekali dengar juga pasti ramai yang menyangka lelaki itu handal menggunakan bahasa tersebut walaupun sebenarnya dia hanya berpura-pura sahaja.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat gelagatnya ini. Malah ada yang berseloroh turut berasa pening dan keliru semasa cuba memahami apa yang disampaikan oleh lelaki itu.

“Aku geram gelak dia. Bunyi apek kaya.”

lelaki

“Member redha je dengar.”

bahasa

“Macam pernah ku dengar tapi di mana ya.”

komen

“Aku paham part dia ketawa je.”

tik tok

CATEGORIES

COMMENTS