Lelaki ini kongsi cara betul masukkan gear kereta auto ketika parking, ramai salah buat

Lelaki ini kongsi cara betul masukkan gear kereta auto ketika parking, ramai salah buat

Pandu kereta automatik memang senang, tak perlu tukar gear, tekan klac ketika memandu.

Tapi masalahnya walaupun senang tetap ramai yang melakukan kesalahan dengan gear sewaktu menggunakan kereta jenis ini terutamanya ketika hendak memarkir atau meletakkan kereta.

Menurut Adrian Chiaa pengulas kereta yang selalu berkongsi tip tentang kenderaan, ramai yang menggunakan kereta automatik memasukkan gear secara salah ketika hendak meletakkan kereta.

Cara salah yang jadi kebiasaan

– Dari gear D terus tolak ke P
Cara ini akan menyebabkan tekanan diletakkan ke gearbox dan boleh merosakkannya.

Cara betul masukkan gear untuk parking kereta auto

-Tolak dari D ke N dulu,
-Tarik handbrake,
-Lepaskan brake,
-Masuk ke gear P.

@wapcar_adrian

Jangan main krap krap handbrake je time parking, gear pon kena betul! #ativa #peroduaativa #tipskereta #fyp #foryoupage

♬ HappyWeekend – Official Sound Studio

CATEGORIES

COMMENTS