Selepas Zizan Razak, Lukpayat juga tinggalkan pelaburan Forex

Selepas Zizan Razak, Lukpayat juga tinggalkan pelaburan Forex

Sebelum ini, pelakon dan pelawak terkenal Zizan Razak melalui hantaran di Instagram memaklumkan bahawa beliau meninggalkan pelaburan Forex atas sebab tertentu.

Pelakon dan pelawak terkenal itu tidak memberitahu secara jelas akan sebab beliau meninggalkan dunia pelaburan Forex. Selain daripada Zizan Razak, seorang trader tegar Forex, Ahmad Tarmizee atau lebih dikenali sebagai Lukpayat juga mengambil tindakan sama meninggalkan dunia pelaburan Forex.

Menerusi hantaran Facebook Ustaz Lariba, Ahmad Tarmizee kini terlibat dalam pengurusan dana patuh syariah (Islamic Fund and Wealth Management dan Private Mandate), pemasaran produk-produk pasaran modal patuh syariah dan payment gateway patuh syariah dengan kerjasama beberapa tokoh muamalat tanah air.

Beliau difahamkan telah meninggalkan dunia pelaburan Forex sejak setahun yang lalu. Lukpayat merupakan seorang yang tidak asing lagi dalam kalangan trader Forex dan menjalankan trading Forexnya melalui syarikat Mocaz.

Semoga lebih ramai lagi trader Forex sedar bahawa Forex trading ini telah difatwakan HARAM.

Fatwa Forex Adalah Haram

Menerusi Portal Rasmi Fatwa Malaysia, telah pun menerbitkan artikel Hukum Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik.

Kami screenshot untuk anda isi kandungan artikel tersebut:

Kalau anda tidak boleh akses, sila ke laman arkib https://web.archive.org

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara. Selaras dengan itu, umat Islam adalah dilarang daripada melibatkan diri dalam perdagangan mata wang seumpama ini.

Muzakarah juga menegaskan bahawa keputusan yang diputuskan ini tidak terpakai ke atas urus niaga pertukaran mata wang asing menerusi kaunter di pengurup wang berlesen dan urus niaga pertukaran mata wang asing yang dikendalikan oleh institusi-institusi kewangan yang dilesenkan di bawah undang-undang Malaysia.

Banyak lagi instrumen pelaburan patuh syariah yang boleh kita gunakan untuk menambah pendapatan. Yang penting, sumber pendapatan kita ini adalah dari sumber yang HALAL.

CATEGORIES

COMMENTS