Timbalan menteri Pas kata harga ayam akan turun bila masalah Covid-19 selesai

Timbalan menteri Pas kata harga ayam akan turun bila masalah Covid-19 selesai

Masalah kekurangan bekalan makanan ayam iaitu jagung di Brazil antara punca harga barangan itu mengalami kenaikan yang tinggi, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Dr Nik Zawawi Salleh.

“Saya yakin apabila masalah Covid-19 selesai, harga ayam akan turun, sebab isunya adalah harga makanan (ayam). Makanan ini bukan kita yang naikkan harga, ia adalah harga antarabangsa daripada Brazil yang kita import jagung. Di sana sekarang pun tidak cukup.

“Jadi apabila jadi rebutan dalam dunia, harga di semua negara naik bukan kita sahaja. Di Jordan, harga ayam kira-kira RM18 sekilogram, kenaikan di negara lain lebih parah daripada kita dan kerajaan mereka tidak mampu (memberi subsidi),” katanya pada pemberita selepas meninjau Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) di Sungai Burong, Sekinchan, di sini hari ini.

Nik Muhammad Zawawi berkata, Malaysia antara negara yang memberi subsidi kepada rakyat selepas berlakunya pandemik Covid-19 dan apabila negara dilanda banjir luar biasa baru-baru ini kerana kerajaan masih mampu memberi bantuan kepada rakyat.

“Banyak negara lain tiada kemampuan (memberi bantuan pada rakyat),” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS