Taqiuddin edar baucer ‘Jom Shopping’ bantu ringankan beban pengunjung pasar tani

Taqiuddin edar baucer ‘Jom Shopping’ bantu ringankan beban pengunjung pasar tani

Peningkatan kos sara hidup yang tinggi di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) menyebabkan ramai rakyat sukar untuk mendapatkan barang keperluan asas pada harga yang munasabah.

Menyedari hakikat itu, calon AMANAH di DUN Mahkota, Taqiuddin Cheman menyantuni para pengunjung di Pasar Tani Kampung Melayu, Kluang, pagi tadi.

Dalam program ‘Jom Shopping’, sebanyak 300 baucer telah diedarkan kepada pengunjung terpilih untuk meringankan beban mereka ketika berbelanja.

Beliau berkata, di samping baucer, pihaknya turut mengedarkan pelitup muka kepada para pengunjung pasar itu.

“Sambutan yang sangat menggalakkan daripada peniaga dan pengunjung,” katanya.

Turut hadir, ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi dan calon DAP di DUN Mengkibol, Chew Chong Sin.

Selain pasar tani, turut disantuni adalah para peniaga dan pengunjung yang bersarapan di Food Court Lian Seng.

Taqiuddin merupakan salah seorang daripada tiga Pemuda AMANAH yang dipertaruhkan di DUN Mahkota.

Sebelum ini, beliau merupakan ADUN Pulai Sebatang.

PRN Johor akan berlangsung dengan penamaan calon pada 26 Februari, pengundian awal pada 8 Mac dan pengundian pada 12 Mac.

Seluruh pengundi Johor yang berada di luar Johor digalakkan supaya pulang mengundi bagi memilih kerajaan baharu bagi tempoh lima tahun.

CATEGORIES

COMMENTS