Tim Leissner mengaku belikan rumah mewah di London untuk kekasih Melayunya guna wang 1MDB

Tim Leissner mengaku belikan rumah mewah di London untuk kekasih Melayunya guna wang 1MDB

Bekas rakan kongsi Goldman Sachs Tim Leissner memberitahu mahkamah Amerika Syarikat (AS) semalam bahawa dia membeli rumah berharga AS$10 juta di London untuk bekas CEO Astro, Rohana Rozhan yang mempunyai hubungan sulit dengannya selepas diugut akan didedahkan penglibatannya dalam skandal 1MDB.

Leissner, yang mengaku bersalah pada 2018 kerana bersubahat dalam pengubahan wang haram dan melanggar undang-undang anti-rasuah AS berkata dia membelikan sebuah rumah kepada Rohana di London pada 2013 kerana wanita itu “sangat kecewa” selepas hubungan 10 tahun mereka diputuskan untuk dia mengahwini Kimora Lee Simmons.

Difahamkan hubungan mereka berputik sejak 2003 apabila kedua-duanya dipertemukan dalam satu majlis dan berlanjutan sehingga 2013, iaitu selepas skandal kewangan terbesar dunia itu mula meletus sedikit demi sedikit.

“Jika saya tidak membelikannya rumah itu, dia akan memberitahu pihak berkuasa tentang penglibatan saya dalam skandal 1MDB.

“Dia mengugut untuk dedahkan penglibatan saya. Pada masa itu, pada 2013, saya sangat takut ia berlaku,” kata Leissner seperti dilaporkan Bloomberg.

Leissner merupakan bekas ketua operasi Goldman di Asia Tenggara dan kini merupakan salah seorang saksi bagi perbicaraan Roger Ng, bekas ketua bank pelaburan itu di Malaysia.

Sebelum ini, beliau berkata Ng adalah pegawai utama Goldman dalam urusan melibatkan 1MDB dan mempunyai hubungan dengan ahli perniagaan dari Pulau Pinang, Low Taek Jho atau Jho Low sejak 2008, di mana dia menjadi orang tengah antara bank itu dan 1MDB.

Pendakwa raya menuduh Ng menerima rasuah dalam bentuk jutaan dolar bagi membantu penyelewengan dana dari 1MDB.

agaimanapun, Ng mengaku tidak bersalah bersubahat dalam pengubahan wang haram dan undang-undang anti-rasuah membabitkan dana 1MDB.

Ketika memberi keterangan di mahkamah semalam, Leissner berkata hubungan sulitnya dengan Rohana adalah “isu sensitif” kerana bank itu juga menjalankan perniagaan bersama Astro.

Dia berkata bosnya ketika itu, bekas ketua Goldman Asia, Richard Gnodde mengingatkannya supaya “berhati-hati dalam menjalinkan hubungan dengan klien”.

Walaupun begitu, beliau berkata hubungan sulit antara mereka hanya berlangsung dari 2003 hingga 2013.

Sebelum ini, peguam yang mewakili Ng dilihat cenderung menggambarkan watak Leissner sebagai seorang sosialit yang menyelewengkan duit untuk menampung gaya hidup mewahnya.

Namun, pendakwa raya berkata keterangan Leissner disokong oleh bukti lain.

“Dia akan memberikan gambaran dalaman berhubung rasuah dan pengubahan wang haram yang berlaku,” kata pendakwa raya Brent Wible.

Pendedahan tersebut membuatkan Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan dunia setelah Najib Razak dalam isu melibatkan skandal 1MDB.

Ini sekaligus menunjukan bekas CEO Astro telah tahu akan salah laku skandal berkaitan 1MDB tetapi mendiamkannya dari pihak berkuasa.

CATEGORIES

COMMENTS