Tak sangka Taqiuddin rupanya lepasan pengajian agama – Pengundi

Tak sangka Taqiuddin rupanya lepasan pengajian agama – Pengundi

Kerap muncul di surau dan masjid sekitar Kluang telah menarik minat pengundi di sini untuk lebih mendekati calon Pakatan Harapan di Dun Mahkota, Muhammad Taqiuddin Cheman.

Dalam satu temu bual bersama pengundi di sini, rata-rata memberi respon positif terhadap kehadiran calon tersebut di Mahkota.

Mereka tidak menyangka calon PH tersebut merupakan lepasan bidang Pengajian Islam di MARSAH.

“Lepasan MARSAH kalau di Johor ini biasanya memang orang yang pandai dalam bidang agama dan baguslah calon PH ini dari kalangan anak muda yang begini” kata Johari yang merupakan pengundi di sini.

“Saya lihat dia seorang yang mudah mesra dan saya sendiri tak sangka dia rupanya lepasan pengajian agama” ujarnya lagi.

Seorang lagi pengundi yang ditemui, kadir Abdullah melahirkan harapan yang tinggi kepada Taqiuddin agar program-program yang berbentuk penerapan nilai keagamaan dapat diadakan dengan lebih kerap.

“Sekarang ini kita lihat masjid dan surau semakin kurang untuk orang pergi lepas Covid-19 ini, jadi kalau beliau dapat jadi Adun bolehlah beliau ambil inisiatif untuk giatkan program berbentuk keagamaan di sini” katanya.

Ditanya adakah beliau yakin Taqiuddin boleh menang di Mahkota, beliau secara peribadi yakin calon PH itu boleh menang sekiranya ramai keluar mengundi.

“Saya yakin dia boleh menang kalau ramai keluar mengundi, dan kami sebenarnya sentiasa menilai calon-calon yang bertanding menerusi media sosial walaupun tak hadir dalam program-program bersemuka dianjur parti yang bertanding” jawabnya.

Taqiuddin yang juga merupakan bekas Adun Pulai Sebatang beralih ke Mahkota apabila kerusi disandangnya ditandingi Speaker Dewan Negeri Johor, Suhaizan Kaiat.

Untuk rekod, Dun Mahkota bakal menyaksikan pertandingan 4 penjuru dari PH, BN, PN dan Warisan.

CATEGORIES

COMMENTS