Panas! Taqiuddin dedah BN Johor guna sistem kuota untuk beri rumah pada kroni

Panas! Taqiuddin dedah BN Johor guna sistem kuota untuk beri rumah pada kroni

Saya diberi kesempatan untuk berucap dalam satu program ceramah bersama barisan kepimpinan Pakatan Harapan sebentar tadi.

Dalam ucapan saya, saya sebut beberapa kejayaan PH sepanjang mentadbir Johor.

Antaranya, PH telah menghapuskan satu sistem yang tidak adil kepada rakyat Johor dalam pemilikan rumah mampu biaya iaiu Sistem Kuota Menegak Kerajaan.

Sistem ini secara jelas telah menyalahguna kedudukan orang politik dalam kerajaan apabila Rumah Mampu Milik atau Mampu Biaya ini diberi kuota kepada ahli politik seperti Ketua-Ketua Bahagian.

Kuota Menegak menimbulkan satu tanggapan bahawa terdapat kecenderungan pihak kerajaan untuk memberikan peluang pemilikan rumah mampu biaya kepada orang-orang tertentu dan kuasa itu diberikan kepada orang politik, bukan mereka yang berhak.

Jadi, PH hapuskan sistem in supaya anak-anak muda dan mereka yang berhak mendapat peluang yang lebih adil untuk memiliki rumah.

Selain itu, saya juga sebutkan 10 janji PH dapat dilaksanakan dengan jayanya. Saya ambil contoh Kad Sihat Johor.

Kad Sihat Johor yang memberi manfaat kepada rakyat yang kurang berkemampuan telah dihapuskan oleh Umno BN. Ini sesuatu yang sangat menyedihkan kerana manfaat daripada bantuan ini sangat diperlukan rakyat.

Untuk PRN Johor ini, saya menyeru kepada pengundi untuk menilai kejayaan yang telah PH capai di negeri Johor ini.

Sepanjang PH memerintah tak ada Adun atau Exco yang terpalit dengan rasuah. Ini fakta.

Saya juga berpesan kepada semua untuk keluar mengundi. Tempat mengundi adalah tempat yang selamat jadi jangan bimbang untuk keluar mengundi.

 

CATEGORIES

COMMENTS