Pengurusan lemah bencana banjir jadi testimoni ketidakcekapan BN, PN memerintah – Taqiuddin

Pengurusan lemah bencana banjir jadi testimoni ketidakcekapan BN, PN memerintah – Taqiuddin

Pengurusan yang lemah dan tidak responsif terhadap kesusahan rakyat menjadi testimoni ketidakcekapan kerajaan di bawah pemerintahan UMNO-Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Muhammad Taqiuddin Cheman dalam siri penerangannya berkata rakyat menjadi saksi bagaimana pemimpin-pemimpin Umno-BN dan PN mencari alasan dan helah menuding jari kepada orang lain untuk mengelak daripada bertanggungjawab atas kesusahan yang dihadapi rakyat ketika banjir melanda di Selangor hujung tahun lalu.

“Semasa banjir, mereka boleh bertolak-tolak, orang ini kata bawah Nadma, orang itu kata bawah MKN, walhal kuasa yang ada pada Menteri itu boleh digunakan untuk membuat arahan awal kepada agensi berkaitan bagi membantu rakyat yang dalam kesusahan” katanya.

Taqiuddin juga menyelar sikap berpura-pura pemimpin BN-PN dengan lakonan dan acahan pemimpin-pemimpin BN PN yang dikelilingi puluhan jurugambar untuk dijadikan bahan sebaran seolah-olah mereka telah turun membantu rakyat.

“Tuan-tuan lihat bagaimana bot Nadma digunakan Menteri, penuh dengan tukang ambil gambar kononnya nak bantu rakyat walhal aksi itu hanya untuk memperbodohkan rakyat.

“Tak cukup dengan itu, ada pula Menteri yang pegi cuci lantai untuk bersihkan tahi cicak” ujarnya lagi.

Taqiuddin merupakan calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dun Mahkota bakal bertembung dengan 3 lagi calon lain daripada BN, PN dan Warisan.

CATEGORIES

COMMENTS