Fenomena unik berlaku di Langkawi, muncul beting pasir sepanjang 600 meter, laut seperti dibelah dua

Fenomena unik berlaku di Langkawi, muncul beting pasir sepanjang 600 meter, laut seperti dibelah dua

Susulan fenomena air surut penuh yang berlaku di Langkawi semalam menyebabkan munculnya beting pasir sepanjang 600 meter hingga laut kelihatan seperti dibelah.

Fenomena yang hanya berlaku setahun sekali dan berlaku dalam tempoh 2 jam ini dapat disaksikan lebih kurang 400 pengunjung di Pantai Tanjung Rhu, Langkawi pada hari ini.

beting

Fenomena unik selama sejam mulai 7 pagi itu muncul sekali dalam setahun, selepas air laut di kawasan itu surut sehingga 0.1 meter.

Ramai pengunjung tiba awal sebelum jam 7 di kawasan itu untuk melihat fenomena yang jarang berlaku itu.

beting

Menurut salah seorang pengunjung, Azliyanti Ahmad, 40, dia datang ke situ untuk berjalan santai di atas beting pasir yang terbentuk.

“Kalau air pasang kawasan ini kedalamannya kira-kira 3.5 meter, tidak mungkin kita dapat melihat habitat hidupan marin,” katanya.

beting

Seorang pemandu pelancong yang juga ahli Pencinta Alam Sekitar, Zoher Mustan, 57, berkata kali ini air laut surut pada paras 0.1 meter, berbanding tahun lalu 0.0 meter.

Katanya, keunikan ini dinantikan penduduk tempatan serta pelancong dan pengunjung boleh berjalan atas beting pasir sejauh 600 meter ke Pulau Chabang dan Pulau Kelam Baya.

Pada tahun-tahun sebelumnya, selain Pantai Tanjung Rhu, fenomena itu turut dapat disaksikan di dua lagi lokasi iaitu di Teluk Datai dan Pantai Chenang.

beting

Sekiranya terlepas, orang ramai perlu menunggu tahun hadapan untuk menyaksikannya. Dan apa yang lebih menarik, pengunjung berpeluang melihat pelbagai jenis hidupan laut seperti ikan sebelah, gamat, belangkas dan kuda laut ketika menyusuri beting pasir

Antara yang turut datang melihat fenomena itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Mutalib yang menyatakan ianya boleh dipasarkan secara meluas.

CATEGORIES

COMMENTS