Wanita ini dakwa lelaki Nigeria lebih penyayang, lelaki Melayu semuanya penipu, tak setia

Wanita ini dakwa lelaki Nigeria lebih penyayang, lelaki Melayu semuanya penipu, tak setia

Tiada niat untuk merahsiakan perkahwinan keduanya, pelakon dan pelawak Vicha mengakui sudah berkahwin sejak tiga tahun lalu dengan jejaka Nigeria dikenali sebagai Johnson.

Kata Vicha, dia merahsiakan perkahwinannya itu kerana trauma dengan kegagalan rumah tangganya yang terdahulu. Malah, dia beranggapan hal rumah tangga bukan sesuatu yang menarik untuk dikongsikan.

“Ketika kami bernikah pada Ogos 2018 ada kawan-kawan yang hadir. Malah kalau ada terserempak dan bertanya pun saya akan mengaku dia suami saya. Tiada niat untuk sorokkan perkahwinan.

“Cuma bagi saya, kanapa perlu kongsi di media sosial? Ada ke orang yang nak ambil tahu? Jadi saya biarkan sahaja,” katanya.

Vicha berkata dia sudah mengenali suaminya itu selama tujuh tahun sebelum mereka mengambil keputusan untuk berkahwin.

Menurut Vicha suaminya seorang yang penyayang dan sentiasa memberikan sokongan. Kata Vicha dia pernah mengenali lelaki Melayu namun semuanya penipu dan tidak setia.

“Ketika mula jumpa dulu dia agak sombong dan tidak banyak cakap. Saya yang mula mendekati dia kerana ada ciri-ciri lelaki pilihan yang saya mahukan.

“Rasanya lebih lima lelaki Melayu yang cuba mendekati saya sebelum ini. Namun semuanya penipu, ada yang kantoi sudah punya pasangan. Belajar dari pengalaman perkahwinan sebelum ini, jika lelaki menipu saya akan tinggalkan terus.

“Dengan Johnson, saya rasa berbeza. Dia berikan saya perhatian dan kasih sayang seorang lelaki yang tidak pernah saya dapat selama ini,” katanya.

Dalam perkahwinan terdahulu, Vicha mempunyai tiga orang anak perempuan iaitu Aurel Angelina Khezya, Listy Arum Tresnasih dan Michelle Averina Chalista yang kini berada di Indonesia.

CATEGORIES

COMMENTS