Terkini! Tun M akhirnya umum tak bertanding PRU15 kerana telah tua

Terkini! Tun M akhirnya umum tak bertanding PRU15 kerana telah tua

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding di mana-mana kerusi Parlimen termasuk Langkawi dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).

Menurutnya, ianya bagi memberi peluang kepada calon yang sesuai dan lebih muda untuk terlibat di dalam arena politik serta pilihan raya selain faktor kesihatannya yang belum pulih sepenuhnya.

Bagaimanapun, beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi memaklumkan akan turut terlibat dalam kempen-kempen yang digerakkan parti Pejuang sebelum PRU15 sekiranya diperlukan.

“Kita (di dalam parti Pejuang) hendak cari orang yang lebih muda daripada saya (untuk ganti saya bertanding di Langkawi), saya boleh ada bersama (dengan calon itu), saya (juga) boleh beri nasihat (kepadanya), saya boleh ambil bahagian dalam kempen iaitu kalau ada satu tempat yang saya perlu hadir, saya akan hadir, dan mungkin (akan) bercakap sikit (dalam membantu jentera parti,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan lawatan di Lang Agro Park sempena Program #PulangKeLangkawi pada Rabu.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri itu beberapa kali memberi bayangan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam PRU15 bagi mewakili Pejuang.

Ianya termasuklah di Parlimen Langkawi yang dijangkakan akan diserahkan kepada calon baharu meskipun,kepimpinan tertinggi dan akar umbi masih mahukan beliau bertanding.

CATEGORIES

COMMENTS