Gaji tak dibayar 4 bulan, pemain Perak FC kongsi makan sup kosong beramai-ramai

Gaji tak dibayar 4 bulan, pemain Perak FC kongsi makan sup kosong beramai-ramai

Isu gaji pemain bola sepak Perak FC yang tidak dibayar sejak empat bulan lalu jelas membuktikan sikap pengurusan pasukan itu yang langsung tidak mempedulikan nasib kebajikan pemain.

Menerusi perkongsian klip video di Facebook Silver Retro, suasana amat menyedihkan apabila pemain yang didakwa dari pasukan Perak dilihat makan sup kosong beramai-ramai selepas sesi latihan.

Klip video berdurasi 47 saat itu memaparkan kesusahan yang dialami oleh para pemain, namun tetap semangat dalam bersukan untuk menaikkan nama negeri.

Semalam, Perak FC dilaporkan masih belum menjelaskan bayaran yang dijanjikan pihak pengurusan membabitkan tunggakan dua bulan kepada pemain baharu dan empat bulan kepada pemain lama.

Pemain dan jurulatih The Bos Gaurus yang tidak berpuas hati dengan perkara itu meluahkan perasaan mereka di media sosial.

“Dan sesungguhnya scammer itu benar,” tulis satu hantaran Instastory jurulatih, Shahrulnizam Mustapa sambil berkongsi kenyataan rasmi Perak FC sebelum ini.

Selain itu, pertahanan kanan, Danish Haziq turut memuatnaik Instastory yang memaparkan gambar skuad Perak FC beserta emoji sedih.

Pada 3 Mac lalu, Perak FC berjanji menyelesaikan isu pembayaran gaji selewat-lewatnya 7 Mac lalu.

CATEGORIES

COMMENTS