Netizen kecam pemandu ini ikut rapat kereta depan kerana nak elak bayar tol

Netizen kecam pemandu ini ikut rapat kereta depan kerana nak elak bayar tol

Baru-baru ini tular di laman Facebook, video perkongsian daripada seorang pengguna dikenali sebagai Nizam Mokhtar yang memaparkan seorang pemandu yang mengelak membayar tol sehingga membahayakan kenderaan lain.

Menerusi video rakaman dashcam tersebut, dilihat pemandu itu cuba untuk mengikut rapat kereta dihadapannya dipercayai bagi mengelak membayar tol.

Pemilik video berkenaan kemudiannya cuba menghalang perbuatan pemandu tersebut dengan memperlahankan kenderaannya namun dilanggar oleh pemandu tersebut.

Difahamkan, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Plaza Tol Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) semalam.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam tindakan pemandu yang tidak bertanggungjawab itu.

“Tak ada tindakan apa-apa ke atas mereka macam ni?? Cctv kan ada.. kasi saman la,” tulis seorang netizen.

“Tak ada duit bawa motor je lah. Hidup kalau sehari tak menyusahkan hidup orang lain tak boleh kot,” tulis seorang pengguna Facebook.

CATEGORIES

COMMENTS