Babak panas Zul Ariffin, Menteri Agama akhirnya bersuara

Babak panas Zul Ariffin, Menteri Agama akhirnya bersuara

Babak panas yang dimuat naik pelakon Zul Ariffin bagi mempromosikan drama lakonannya yang akan ditayangkan pada Ramadan nanti turut mendapat teguran daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad.

Idris menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Sabtu menyifatkan paparan itu sebagai melampaui batas dan ia perlu ditegur.

Justeru, beliau akan menghubungi pihak terbabit untuk mendapatkan nasihat supaya perkara tersebut boleh ditegah dan diubah dengan hikmah.

“Hela nafas panjang saya.

“Apabila sebuah drama yang telah ditular untuk ditayangkan dalam bulan yang sepatutnya ditunggu oleh seluruh manusia yang beriman bagi mengejar taqwa, namun seolah dicemari dengan kegusaran yang saya kira melampui batas yang perlu ditegur,” katanya.

Pada Jumaat, nama Zul Ariffin menjadi ‘trending’ berikutan satu video yang dimuat naik ke Instagram bagi mempromosikan drama lakonannya yang akan ditayang pada Ramadan nanti.

Babak tersebut didakwa menyerupai adegan dalam filem porno memandangkan Zul dan seorang lagi pelakon wanita sedang bermesraan dalam keadaan yang agak mengghairahkan.

Adegan berkenaan juga telah mendapat kritikan ramai dan ada merasakan apa yang dikongsikan pelakon ‘macho’ itu agak keterlaluan.

Mengulas lanjut, Idris berkata, hiburan tidak dihalang dalam Islam, namun tatacara hiburan dalam Islam pastinya terdapat disiplin yang tegas, apatah lagi ia melibatkan ikhtilat yang berlebihan dengan adegan yang ternyata mengundang maksiat.

Jelasnya, industri hiburan di Malaysia ini bukanlah perkara yang ingin beliau ingin halangi tetapi jika ia mencemarkan fitrah dalam agama, beliau tidak boleh membiarkan ia berlaku tanpa dinasihati.

“Pada masa sama, saya menyeru kepada seluruh umat Islam, tidak kira usia dan kedudukan, untuk bersiap menghadapi Ramadan yang menjanjikan sejuta hikmah oleh Allah SWT,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS