Demi puaskan nafsu seks, wanita ini masukkan gelas kaca dalam pundi kencing

Demi puaskan nafsu seks, wanita ini masukkan gelas kaca dalam pundi kencing

Seorang wanita dilapor terpaksa menahan kesakitan apabila sebuah gelas kaca tersekat di dalam pundi kencingnya selama empat tahun selepas memasukkannya dengan tujuan untuk kepuasan nafsunya, lapor Daily Mail.

Wanita Tunisia berusia 45 tahun itu dilaporkan telah pergi ke hospital kerana mengalami simptom berterusan iaitu jangkitan saluran kencing sehingga perlu ke tandas berulang kali.

Ternyata, wanita itu mempunyai batu karang ‘gergasi’ selebar 8 sentimeter yang mengelilingi satu gelas minuman di dalam pundi kencingnya. Hal ini disahkan selepas wanita tersebut mendapat keputusan imbasan sinar-X.

Wanita itu mengakui bahawa dia telah menggunakan kaca itu sebagai alat kepuasan seksual sejak berusia awal 40-an.

Menurut doktor, batu karang yang menyakitkan itu boleh tumbuh di sekeliling objek asing yang tersimpan di dalamnya.

Bagaimanapun, pakar perubatan Hospital Universiti Habib Bourguiba yang memeriksa wanita tersebut menyatakan bahawa tiada darah yang terdapat dalam air kencing wanita berkenaan.

Dalam pada itu, dia dipercayai tidak mengalami inkontinensia kencing, menurut kisah yang diterbitkan dalam Laporan Kes Urologi.

Bagaimanapun, imbasan sinar-X mendedahkan terdapat ‘bentuk segi empat tepat’ di dalam pundi kencingnya yang menyerupai kaca dan batu karang yang besar di sekelilingnya, berukuran 8cm kali 7cm kali 8cm.

Pakar perubatan menjalankan cystolithotomy, iaitu sejenis pembedahan terbuka yang digunakan untuk membuang batu karang. Wanita itu dibenarkan pulang dua hari kemudian dan pulih sepenuhnya.

Doktor berkata, memasukkan bendasing ke dalam uretra selalunya dilakukan oleh mereka yang mengalami gangguan mental atau untuk keseronokan.

CATEGORIES

COMMENTS