Bergelar suami dan bapa, Fattah Amin elak adegan bersentuhan ketika berlakon

Bergelar suami dan bapa, Fattah Amin elak adegan bersentuhan ketika berlakon

Bergelar suami dan bapa, pelakon Fattah Amin berkata dia lebih berhati-hati sebelum menerima sebarang tawaran berlakon jika ada adegan bersentuhan.

Mengakui kurang selesa membawakan adegan bersentuhan, Fattah berkata dia akan berbincang terlebih dahulu dengan pengarah sebelum menjalani penggambaran.

“Rasanya semua sedia maklum, saya sendiri kurang selesa sekiranya membawakan adegan bersentuhan. Sebelum berumah tangga lagi, saya sendiri kurang selesa bersentuhan.

“Sekiranya boleh elak, lebih baik saya cuba untuk tidak bersentuhan. Jika perlu, lazimnya babak berpegangan tangan itu berlapik,” katanya.

Berkongsikan mengenai perkembangan terbarunya, Fattah berkata dia bakal muncul dengan drama terbaru bulan depan berjudul, Khilaf Asmara membawa watak jahat. Katanya lagi, sudah tiba masanya untuk dia membawa watak baru serta mahu keluar dari kebiasaan.

“Buat pertama kalinya, saya membawakan watak jahat dalam. Saya tidak mahu dicop sering membawakan watak yang sama saja. Oleh itu, saya keluar dari kepompong selesa dan mencabar diri melakonkan sesuatu yang berbeza,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS