Ramai yang tak tahu, 8 situasi ini tak perlu pakai pelitup muka

Ramai yang tak tahu, 8 situasi ini tak perlu pakai pelitup muka

WALAUPUN pemakaian pelitup muka masih diwajibkan, ia tidak bermakna anda perlu memakainya setiap masa. Terdapat beberapa situasi yang tidak memerlukan anda memakai pelitup muka, contohnya ketika berseorangan.

Prosedur operasi standard (SOP) tersebut telahpun dikeluarkan sebelum ini namun disebabkan salah faham dan kekeliruan, masih ada pihak yang tidak menyedari kelonggaran yang telah ditetapkan.

Bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan masyarakat, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyenaraikan lapan situasi yang tidak memerlukan anda memakai pelitup muka.

Menurut beliau, SOP yang ditetapkan akan dikekalkan buat masa ini walaupun negara akan memasuki fasa peralihan ke endemik bermula 1 April ini.

Beliau turut mengingatkan, fasa peralihan ke endemik tidak bermakna semua langkah kesihatan awam yang ditetapkan sebelum ini akan dimansuhkan. Ini kerana negara serta dunia masih dalam situasi pandemik dan langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 tetap perlu diambil berat oleh anggota masyarakat.

Berikut merupakan lapan situasi yang tidak memerlukan anda memakai pelitup muka:

  • Penghuni di kediaman sendiri, bilik hotel, penginapan dan di tempat kemudahan awam yang tidak melibatkan interaksi dengan individu lain.
  • Ruang kerja bersendirian
  • Aktiviti sukan, rekreasi dan riadah
  • Kenderaan persendirian tidak termasuk e-hailing
  • Sewaktu makan dan minum
  • ¬†Aktiviti persembahan seperti menyanyi, berlakon dan berceramah
  • Kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah
  • Individu berkeperluan khas, OKU tertentu seperti penghidap cerebral palsy atau individu yang mempunyai masalah pernafasan dengan syarat mengemukakan laporan perubatan.¬†

CATEGORIES

COMMENTS