Apa perbezaan antara ‘orang kaya’ dengan ‘orang banyak duit’?

Apa perbezaan antara ‘orang kaya’ dengan ‘orang banyak duit’?

Sebenarnya ada banyak perkara yang boleh dipelajari daripada apa yang dikongsikan Mohd Shukur ini. Tentang perbezaan antara orang kaya dengan orang banyak duit.

Kongsinya, “Kerapkali orang keliru kenapa ada golongan T20 yang berbeza kesudahan hidupnya, malah ada yang muflis dan sebagainya, juga ada yang semakin kaya.

Berikut saya kongsikan sedikit apakah perbezaan antara “orang kaya” dan “orang banyak duit”.

1. ORANG BANYAK DUIT

Golongan ini wujud kerana mereka memperoleh gaji yang tinggi setiap bulan meletakkan mereka dalam kategori T20. Selain itu ianya juga dari golongan usahawan yang memperoleh keuntungan bersih tinggi, Ejen / Leader Takaful, Unit Trust , MLM dan lain-lain yang memperoleh komisen / overiding tinggi setiap bulan, Artis / Selebriti / Komposer yang memperoleh bayaran lumayan dari hasil kerja mereka.. banyak lagilah.

Mereka menyesuaikan duit yang banyak diterima setiap bulan dengan perbelanjaan dan life style. Berbelanja dari active income. Makan di tempat yang mahal-mahal, minum petang ditunjuk kopi premium & sepotong kek di tempat mahal. Pakaian, kasutnya, handbag berjenama pun mahal dan ada yang kalau dah post kat FB tu tak nak pakai lagi (kecuali pakai tapi tak post ).

Beli Rumah Mahal Bagi Nampak Orang Banyak Duit

Handphone pun mahal dan latest. Setiap minggu jika bukan PKP gi cuti ambik hotel.. I tak bolehlah kalau tak tengok laut setiap weekend you.. ! Gitu.

Untuk menyesuaikan lagi pendapatan bulanan yang banyak mereka akan beli rumah yang mahal dan kereta-kereta yang mahal-mahal supaya mereka boleh dilihat sebagai orang banyak duit walaupun hakikatnya hutang 9 tahun. Time beli siap potong riben gitu dan panggil ramai-ramai posing dan siap ada video ucapan motivasi lagi. Hari ini tercapailah sudah impian membeli kereta mewah ini, lihatlah dunia.. anda juga boleh.. katanya. Gitu.

(Kemudahan pinjaman bank diperolehi kerana boleh dibuktikan dengan pendapatan dan dokumen sokongan untuk layak memperoleh pinjaman bank )

2. ORANG KAYA

Golongan ini sama seperti orang banyak duit iaitu menerima pendapatan yang banyak setiap bulan. Mereka pun shopping-shopping begitu juga perbelanjaan life style tapi bezanya ialah mereka menggunakan passive income.

Contoh : Jika dia nak beli Handphone baru berharga RM 4,000 dia akan tangguhkan hingga awal tahun depan.

So dia pakai la dulu Handphone yang retak screen tu selamba jer walau pun dijolok-jolok. Kaya pun kedekut. Belilah baru.. kih kih.

Awal tahun depan jika pulangan/dividen dari simpanan dia ialah 4-5% contohnya , jadi setiap R.M 1 juta dia dapat dividen R.M 40K-50K. Beli HP tu 4K, dia ada baki lagi R.M 46K untuk shopping-shopping atau pergi bercuti.

Orang banyak duit bercuti luar negara guna active income, Orang kaya bercuti juga menggunakan passive income. Gitu

( Contoh passive income : Dari dividen simpanannya. Mereka makan buah, bukan makan pokok )

Orang Kaya Hidup Sederhana

Dalam filem kerap ditunjuk orang kaya hisap cigar padahal hakikatnya ramai orang kaya yang rokok pun dorang tak hisap. Vape lagilah tidak. Mereka enjoy life tanpa perlu membakar duit.

Juga orang kaya tidak berjudi ataupun beli tiket loteri / nombor ekor. Katanya, judi atau nombor ekor ini ialah denda kepada orang yang gagal dalam matematik, terutamanya dalam probability.

Mereka hidup sederhana. Keretanya macamana dibeli macam tulah. Dia tak sibuk nak impress orang dengan pasang spoiler ke, tukar grill ke, wrap body ke, tukar sport rim baru ke.. dia bergerak dengan apa yang ada. Dia pun tak berminat asyik beli baju baru, baginya asalkan kemas dan bersih.

Golongan ini suka bekerja/berniaga kerana baginya menyeronokkan. Mereka berhati-hati dengan wang yang diperoleh dan tidak mudah jadi mangsa scammer mahupun skim cepat kaya sebab mereka tahu tidak ada short-cut untuk kaya.

Semoga bermanfaat yea.

Dan pilihan di tangan anda, sama ada mahu ikut jejak orang banyak duit atau orang kaya. Kata orang lama-lama, biar simpan berdikit-dikit lama-lama jadi bukit.

CATEGORIES

COMMENTS