Kalah kepada Malaysia 2-0, jurulatih Filipina terkejut ‘beruk’

Kalah kepada Malaysia 2-0, jurulatih Filipina terkejut ‘beruk’

Terpegun dan tidak percaya antara perasaan dan kenyataan yang dikongsikan pengendali Filipina, Ernest Nierras selepas melihat pemainnya tewas di tangan Malaysia.

Jelasnya, apa yang disajikan skuad Harimau Malaya amat berbeza daripada aksi di Piala AFF, Disember lalu.

Penerapan taktikal dan corak permainan pantas yang diperagakan pemain Kim Pan-gon nyata dikaguminya.

Malah, beliau menyifatkan pasukan Singapura yang akan men3ntang Malaysia selepas ini pastinya berdepan cabaran g3tir untuk menyekat rangkaian striker negara yang cukup pantas.

Persembahan yang sangat mengagumkan dari Malaysia malam ini (semalam) memandangkan Kim Pan-gon hanya mempunyai tujuh hingga lapan hari persiapan latihan.

“Corak dan pergerakan menyerang yang baik, struktur stabil dengan 4-3-3. Menunjukkan fleksibiliti untuk bertukar kepada permainan 3-4-3 di hujung perlawanan. Perlawanan sukar untuk Singapura selepas ini,” katanya.

Pada aksi itu, Akhyar Rashid muncul wira dengan menyumbat dua gol dan berjaya membuka tirai jaringan seawal minit ketiga permainan.

Gol pantas itu berpunca daripada lorongan cantik dilakukan Corbin-Ong ke dalam kawasan penalti yang membolehkan Akhyar memperdayakan Enrique Linares sebelum menewaskan Neil Etheridge di pintu gawang.

Gol kedua pula hadir pada minit ke-24 selepas Akhyar menyempurnakan peluang terhidang berikutan serangan balas pantas dimulakan Safiq Rahim yang menemui Syafiq Ahmad sebelum melorongkan kepada Akhyar untuk tenang menyudahkannya.

CATEGORIES

COMMENTS