Tak sampai 12 jam jalan dah dibaiki, tindakan lelaki ini letak batu nisan di dalam lubang besar undang perhatian orang ramai

Tak sampai 12 jam jalan dah dibaiki, tindakan lelaki ini letak batu nisan di dalam lubang besar undang perhatian orang ramai

Kadang – kadang tindakan tak masuk akal secara spontan boleh membuat hajat tercapai. Atau paling tidak pun, akan mendapat perhatian dengan cepat dan dengan sekelip mata. Jika sudah macam-macam cara dilakukan tetapi tidak dapat, jalan terakhir mungkin kena guna cara yang boleh dikatakan agak gila – gila tapi cemerlang.

Seorang lelaki telah bertindak meletakkan batu nisan di dalam lubang besar di tengah jalan telah mendapat perhatian orang ramai di media sosial.

Gambar yang dimuatnaik oleh Fesbuk Brotherhood Shah Alam itu telah menunjukkan seorang lelaki membina ‘ku.bur’ dari salah sebuah lubang besar di tengah jalan sekitar Klang.

Ia ditujukan kepada 1 majlis perbandaran dan batu nisan itu dikatakan simbol bagi kehldupan pengguna jalan yang berisik0 untuk mengalami kec3deraan disebabkan jalan yang berlubang.

Selepas gambar itu viral, pihak berkuasa yang bertanggungjawab membaik pulih jalan tersebut telah hadir untuk memperbaiki lubang tersebut dalam masa kurang dari 12 jam. Sebuah video telah disiarkan di laman fesbuk Brotherhood Shah Alam menunjukkan bahawa lubang itu telah dibaiki oleh pihak berkuasa.

Ikatan Silaturrahim Ikhwan adalah kumpulan aktlvis keselamatan jalan raya yang terkenal dengan kerja-kerja amal seperti membaiki jalan menggunakan dana mereka sendiri.

CATEGORIES

COMMENTS