[VIDEO] Budak perempuan ini menangis kerana namanya terlalu panjang undang perhatian netizen

[VIDEO] Budak perempuan ini menangis kerana namanya terlalu panjang undang perhatian netizen

Umum pasti menyedari bahawa ramai antara ibu dan bapa pada zaman sekarang kerap memberikan nama-nama yang cantik untuk anak-anak.

Selain bersifat unik, nama-nama anak juga selalunya mempunyai maksud baik dan sedap untuk dipanggil.

Begitupun, ada juga ibu bapa yang memberikan nama yang agak panjang untuk anak-anak mereka.

@syahira_ismail

Dia stress nama dia panjang 😂. #fyp #ariannaamanda #anaksedara

♬ original sound – Syahira Ismail – Syahira Ismail

Seperti video yang viral di media sosial baru-baru ini, gelagat seorang kanak-kanak yang ‘rengsa’ dengan namanya terlalu panjang menarik perhatian netizen.

Menerusi video yang dikongsikan itu, kelihatan seorang kanak-kanak yang difahamkan bernama Arianna Amanda menangis kerana namanya terlalu panjang.

“Apa yang nak ditukar pendeknya,” tanya individu yang merakam video berkenaan. “Nama!” tegas Amanda. “Kenapa nama akak? “Panjang sampai 10!” tuturnya sambil menangis.

Gelagat Amanda itu menyorot perhatian netizen sehingga ada antara netizen yang turut berkongsi pengalaman sendiri.

“Serious doh. Walaupun nama aku 3 tambah nama ayah 2, seksa weh time nak jawab SPM. Bazir banyak masa nak isi nama, nombor calon semua tu,” kongsi seorang netizen.

“Aku sampai sekarang ingat cikgu Mandarin aku kata nama panjang2 boleh jadi kaya ke… I was like…” respons seorang lagi netizen.

Dalam pada itu, ada juga yang mencadangkan supaya ibu bapa mengambil pendekatan menamakan anak dengan nama zaman dulu-dulu yang lebih mudah.

“Saya merayu untuk tamatkan nama panjang bagi kanak-kanak. Lihatlah tangisan terhadap nama yang diberi oleh ayah dan ibunya. Nama panjang tidak cool dan ada yang tidak mempunyai maksud.

“Kembalikan nama-nama lama seperti Harun, Shamsiah, Azizah, Othman dan sebagainya. Jadikan nama yang mudah, tidak terlalu grand seperti spesies saintific,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS