Terkini! Harga makanan kafe di IPT naik menggila

Terkini! Harga makanan kafe di IPT naik menggila

Satu kumpulan pelajar mencadangkan agar kerajaan memberikan subsidi kepada pengusaha kafe di universiti seluruh negara susulan peningkatan mendadak harga makanan sekembalinya mahasiswa ke kampus awal bulan ini.

Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Nazmi Rahim berkata, hasil tinjauan pihaknya mendapati majoriti mahasiswa terkesan disebabkan kenaikan harga makanan.

“PKPIM berpandangan perkara ini terjadi disebabkan peningkatan harga bekalan mentah di pasaran seperti ayam, telur, minyak dan roti yang secara tidak langsung memberi kesan kepada peniaga khususnya di universiti.

“PKPIM mengesyorkan pemberian subsidi kepada pengusaha kafe di universiti supaya kenaikan harga barangan mentah tidak mempengaruhi harga makanan di universiti,” katanya dalam kenyataan.

Justeru, beliau meminta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berganding dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk mencari kaedah terbaik bagi mengatasi masalah kenaikan harga makanan di IPT seluruh negara.

Sebagai langkah menangani perkara itu, katanya, PKPIM akan menggerakkan edaran makanan berbuka dan kit Ramadan kepada mahasiswa yang memerlukan pada tahun ini.

“PKPIM bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan kebajikan mahasiswa terus terjaga,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS