Pesawat terbang berbentuk ‘punggong’ bersedia beroperasi, tawar pemandangan panorama kepada penumpang

Pesawat terbang berbentuk ‘punggong’ bersedia beroperasi, tawar pemandangan panorama kepada penumpang

Pengangkutan udara mungkin akan menyaksikan pelbagai perubahan dalam beberapa tahun ke hadapan dengan munculnya satu bentuk penerbangan baru yang akan menggegarkan seluruh industri penerbangan.

Sejak kapal terbang prototaip Airlander 10 terhempas pada tahun 2017, industri penerbangan tertanya-tanya sama ada pesawat revolusioner yang juga dikenali sebagai ‘punggung terbang’ itu bila akan mula beroperasi.

Terkini, dalam kemas kini terbaharunya, pengeluar Hybrid Air Vehicles (HAV) menyatakan bahawa pesawat Zeppelin moden itu kini sedang bersiap untuk beroperasi sepenuhnya.Pesawat Digelar ‘Punggung Terbang’ Bersedia Beroperasi Bawa Penumpang Tahun 2025

Syarikat tersebut menjangkakan akan mempunyai tiga buah kapal terbang yang bersedia untuk terbang menjelang 2023 dan membawa penumpang Airlander menjelang 2025.

Penumpang pesawat tersebut bakal menikmati pengalaman seakan berada dalam restoran terbang apabila menaiki pesawat tersebut.Pesawat Digelar ‘Punggung Terbang’ Bersedia Beroperasi Bawa Penumpang Tahun 2025

Kabin pesawat berkenaan menawarkan pemandangan panorama pada bahagian bawah pesawat.

Namun begitu, pesawat ini tidak sesuai bagi mereka yang mengejar masa kerana ia akan terbang pada kelajuan sekitar 128.7 kilometer sejam sahaja berbanding pesawat biasa yang terbang pada kelajuan 804 kilometer sejam.

Pesawat Digelar ‘Punggung Terbang’ Bersedia Beroperasi Bawa Penumpang Tahun 2025

Menurut penyelidikan HAV, “kelajuan bukanlah ciri yang paling penting bagi bakal penumpang pesawat kami.”

Penumpang juga dapat menjimatkan banyak masa di lapangan terbang. Daripada menggunakan lapangan terbang konvensional yang besar, di mana penumpang harus berjalan jauh untuk sampai ke pintu masuk, Airlander akan dapat menggunakan terminal pop-up sendiri di mana sahaja.

CATEGORIES

COMMENTS