Bekas pekerja stesen minyak ini bongkar taktik rakyat Singapura isi petrol subsidi di Malaysia

Bekas pekerja stesen minyak ini bongkar taktik rakyat Singapura isi petrol subsidi di Malaysia

Beberapa hari ini kecoh tentang sikap tidak bertanggungjawab rakyat Singapura yang menggunakan minyak bersubsidi RON 95.

Tindakan itu mengundang kecaman dalam kalangan rakyat Malaysia kerana mereka seolah  ‘merompak’ peruntukkan penduduk lokal.

Selain itu, majoriti netizen mempertikaikan sikap sambil lewa kakitangan stesen minyak  yang tidak mengenalpasti kenderaan warga asing.

Menurut perkongsian seorang bekas pekerja stesen minyak di akaun Facebook Seri Cendekiawan, rakyat Singapura begitu licik dan pintar untuk mengaburi mata juruwang.

“Pengalaman saya kerja di stesen minyak dulu, orang Singapura ni cerdik. Dia akan parking kereta di pam yang agak tersorok yang juruwang tak nampak. Tambahan pula tak semua stesen minyak ada pekerja yang jaga dekat pam.

“Mereka guna kad dan kadangkala guna tunai macam biasa tapi yang penting juruwang tu tak nampak nombor plat kereta. Kalau dia guna kereta yang pelik tu kita boleh tahu dgn mudah,” jelasnya.

Tambahnya, sekiranya rakyat Singapura menggunakan kenderaan yang majoriti digunakan pengguna Malaysia agak sukar untuk juruwang mengenalpasti kenderaan warga asing.

BUAT LAPORAN

Bagaimanapun, dia berkongsi langkah yang boleh dilakukan rakyat Malaysia sekiranya melihat warga asing menggunakan minyak bersubsidi.

Pertama memberi teguran kepada pengguna warga asing tersebut atau memaklumkan kepada pekerja atau juruwang untuk menghentikan sistem pembelian.

Kedua adalah dengan mengambil gambar dan membuat laporan. Misalnya kejadian berlaku di stesen minyak, pengadu boleh melaporkan terus ke ibu pejabat bersama dengan bukti gambar atau laporkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Jelasnya, pemilik stesen minyak akan gentar jika dilaporkan kerana bakal didenda. Cadangan yang ketiga adalah selesaikan secara tepi dengan pengurus stesen minyak.

Bagaimanapun, lebih wajar anda menggunakan saluran yang betul. Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Ada yang mencadangkan supaya meletakkan pekerja di bahagian pam minyak untuk memantau kenderaan warga asing di samping meletakkan kamera litar tertutup di setiap pam.

Selain itu, seorang pengguna Facebook Audriey John mencadangkan agar stesen minyak menyediakan pam khas buat kenderaan Singapura seperti mana pam untuk motosikal.

CATEGORIES

COMMENTS