Gelagat monyet tolong buang kutu di badan kucing buat netizen terhibur

Gelagat monyet tolong buang kutu di badan kucing buat netizen terhibur

Biasanya kucing dan monyet sering bertengkar jika berjumpa antara satu sama lain. Seringkali dilihat di kawasan-kawasan perumahan atau kampung yang berdekatan dengan penempatan monyet, jika ada monyet yang datang, kucing-kucing akan menjergah mereka dan cuba menghalau monyet-monyet ini.

Video itu dengan pantas menjadi tular kerana gelagat kedua-duanya yang amat melucukan sekali. Dalam video berkenaan, kucing dan monyet itu kelihatan bersahabat baik malah si monyet turut membantu si kucing untuk mencari dan membuang kutu yang ada di badannya.

Monyet itu kelihatan bersungguh-sungguh memeriksa dan mencari kutu di badan kucing itu sambil si kucing pula memberikan kerjasama sepenuhnya dengan berdiam diri agar memudahkan si monyet mencari kutu.

Keadaan mereka tidak ubah macam sesi grooming dan entah berapa banyak kutu yang berjaya dicari oleh si monyet. Boleh la ringankan sikit kerja tuannya nak cari kutu di badan kucing tu, hihi.

 

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat monyet dan kucing ini dan tidak menyangka kedua-duanya boleh bersahabat baik sampai begitu sekali.

Semoga kucing dan monyet yang lain-lain juga boleh bersahabat baik seperti ini dan tidak bergaduh jika berjumpa.

CATEGORIES

COMMENTS