Dulu comel sekarang dah lawa, ini wajah terkini budak perempuan viral iklan merdeka 15 tahun lepas

Dulu comel sekarang dah lawa, ini wajah terkini budak perempuan viral iklan merdeka 15 tahun lepas

Setiap kali menjelang sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia pasti akan ada iklan yang menarik mengenai hari bersejarah tersebut. Namun, masihkah anda ingat mengenai sebuah iklan yang bertajuk ‘Tan Hong Ming Dilamun Cinta’ yang pernah ditayangkan sekitar tahun 2007?

Pelakon iklan tersebut kini sudah besar

Iklan berdurasi satu minit 32 saat itu adalah sentuhan Allahyarhamah Yasmin Ahmad yang diambil daripada perspektif kanak-kanak keciI mengenai persahabatan tidak kira berlainan bangsa atau agama serta menyimpan mesej tentang semangat perpaduan di Malaysia.

Susulan daripada itu, iklan tersebut berjaya mencuri hati rakyat Malaysia kerana kecomelan murid sekolah rendah iaitu Tan Hong Ming yang dalam diam menyimpan perasaan terhadap rakan baiknya, Ummi Khazriena.

Menerusi video yang dimuat naik oleh teman lelaki pelakon iklan itu, Addin Danial di TlkTok, berkongsi kehidupan Ummi yang kini sudah dewasa serta menjadi seorang gadis yang ceria dan cantik.

Lihat video yang dikongsikan

Ini antara komen netizen

@sarena:Omggghg this is cuteee sumpah… i suka gila tengok iklan tuuu

@Amil Izwar:tan Hong tak Salah pilih tapi salah masa

@Vanillarossee:Salah. Dia girlfriend kami semua

@Value Ringgit:Kejap lagi lalu fyp tan hong meng lagu “dengarkan disepanjang malam aku berdoa..”

@Imran Arshad:Pov: tan hong watching this tik tok with his supermodel gf

@Kakak Brulee:Mana tan hong meng ni? Tak nak stitch kee

CATEGORIES

COMMENTS