Ini rupanya 3 sebab kenapa kulit muka lelaki lebih bersih berbanding wanita

Ini rupanya 3 sebab kenapa kulit muka lelaki lebih bersih berbanding wanita

Tidak dinafikan ramai wanita yang cemburu dengan kelebihan yang dimiliki oleh kaum lelaki terutamanya soal kulit wajah.

Mana kan tidak, walaupun tidak perlu jaga muka beriya-iya, kesan muka rosak atau kulit sensitif amat jarang berlaku.

Jadi kalau anda  masih tertanya-tanya apa  sebenarnya di sebalik mitos tersebut,  ini adalah alasan yang berjaya Maskulin rungkai.

1. Hormon Lelaki Pengaruhi Keadaan Kulit

Kulit manusia secara asasnya dipengaruhi oleh hormon. Hormon testeron mempengaruhi kulit lelaki manakala estrogen mempengaruhi kulit wanita.

2. Lebih Banyak Kolagen Berbanding Wanita

Kulit lelaki mempunyai elastin dan kolagen yang lebih banyak berbanding wanita.  Kulit lelaki 20% lebih tebal dan anjal serta tahan kepada kerosakan matahari. Sebab tu penampilan seorang lelaki lambat tua berbanding wanita.

Manakala, wanita lebih menunjukkan garis-garis halus berbanding dengan lelaki seusia.

3.  Kulit semakin tebal

Walau bagaiamanapun, semakin berusia kulit lelaki menjadi semakin nipis manakala ketebalan kulit wanita tidak berubah.

Apa-apa pun, jangan cepat sangat panik okay? Walaupun sudah terbukti yang kulit wanita lebih mudah terjejas kerana keadaan fizikal semula jadinya, asalkan kamu rajin menjaga dan membelainya dengan seleksi penjagaan intensif, ia pasti akan sihat dan kekal cantik.

CATEGORIES

COMMENTS