Fenomena lagu viral di TikTok ‘Burung Puyuh Burung Ketut’, rupanya cetusan dari pantun gadis ini

Fenomena lagu viral di TikTok ‘Burung Puyuh Burung Ketut’, rupanya cetusan dari pantun gadis ini

Sejak akhir-akhir ini beberapa lagu latar popular digunakan menerusi aplikasi TikTok. Video dengan pelbagai situasi digunakan dengan lagu-lagu yang ada di aplikasi tersebut membuatkan ia ulang-ulang didengar.

Ini menyebabkan lirik lagu tersebut terus ‘melekat’ dalam fikiran dan membuatkan si pendengar turut menyanyi runut bunti itu. Biarpun ada sesetengahnya bukanlah lagu komersial, namun jika didengar berulang kali boleh jadi popular juga.

Antara yang popular di TikTok kini adalah lagu dengan lirik ‘Burung puyuh burung ketut’. Liriknya sahaja sudah agak aneh, namun rupa-rupanya lagu ini adalah dari pantun yang dihasilkan oleh seorang gadis dari Indonesia.

Dari video pantun, kemudiannya ia disunting menjadi lagu dan seterusnya telah mendapat perhatian umum. Pereka lirik ini adalah gadis dengan nama Dhila JM.

Baru-baru ini gadis terkenal dengan lagu ‘burung puyuh burung ketut’ ini telah menjadi tetamu jemputan dalam sebuah program temubual. Berikut adalah gelagat selamba gadis ini:

@brownisttv

Tapi yang namanya Fadli itu banyaaaaakkkkk @dhila_jm haduuuuhhhh gimana sih ya manisss #aduhbusetsrepet

♬ original sound – Brownis TTV – Brownis TTV

Perkongsian rakaman tersebut telah buatkan ramai terhibur dengan gadis ini. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Lagunya hot bukan di Indonesia saja, tetapi di Malaysia pun hot”

Penyanyi Sebenar Lagu ‘Burung Puyuh Burung Ketut’ 4

“Akhirnya masuk TV”

Penyanyi Sebenar Lagu ‘Burung Puyuh Burung Ketut’ 3

“Saya ulang dekat 10x ni..Masih tak tahan gelak tengok ekspresi muka abang yang last tu”

Penyanyi Sebenar Lagu ‘Burung Puyuh Burung Ketut’ 2

“Lawak asal budak ni bukan dibuat2”

Penyanyi Sebenar Lagu ‘Burung Puyuh Burung Ketut’ 1

CATEGORIES

COMMENTS