Bulan semakin jauh meninggalkan bumi, saintis ramal bumi akan jadi tak stabil

Bulan semakin jauh meninggalkan bumi, saintis ramal bumi akan jadi tak stabil

Bumi dan Bulan, dua planet yang wujud saling berhubungan sejak jutaan tahun lalu, dan kita tidak dapat menafikan bahawa Bulan mempunyai kesan tersendiri di Bumi. Fakta yang cukup menarik untuk kita ketahui adalah bahawa Bulan sebagai satelit semula jadi Bumi.

Baru-baru ini, para saintis menyuarakan kebimbangan bahawa Bumi bakal menjadi tidak stabil disebabkan jarak Bulan yang kini berada semakin jauh dari planet ini, lapor akhbar Daily Star pada 5 Oktober 2021.

Sepanjang kewujudannya, saintis mendapati bahawa Bulan telah bergerak menjauhi Bumi. Biarpun perkara tersebut merupakan sesuatu yang normal, para saintis percaya bahawa Bulan kelak akan meninggalkan Bumi buat selama-lamanya.

Menurut jurnal Earth, Planets and Space, keadaan itu akan menyebabkan kekacauan dalam setiap aspek kehidupan manusia kerana putaran graviti Bumi dan Bulan memberi kesan kepada laut, matahari, mamalia, tumbuh-tumbuhan dan banyak lagi.

Sementara itu, beberapa pakar lain turut memberi amaran bahawa Bulan boleh berada pada jarak yang semakin hampir dengan Bumi yang boleh menyebabkan ia dimusnahkan oleh graviti.

Amaran itu serupa yang dilaporkan oleh jurnal yang sama tahun lalu, yang menghitung 50 tahun data untuk menunjukkan ‘trend yang mungkin tidak kita lihat’. Namun, sehingga kini, tiada sesiapa yang boleh menjangkakan bila perkara itu akan berlaku.

Jadi apa kesannya jika Bumi tidak mempunyai Bulan? Dan pernahkah kita membayangkan kehidupan kita di Bumi tanpa Bulan? Menurut pakar, satu hari penuh yang biasanya terdiri dari 24 jam hanya dapat dilalui dengan hanya 6 jam dalam sehari.

Jika ditukar dalam setahun, ia adalah sekitar 1,100 hingga 1,400 hari. Cuba bandingkan dengan masa yang sedang berlaku di mana dalam setahun masa yang kita lalui bersamaan dengan kira-kira 8,760 jam. Sebaliknya, sehari 24 jam di Bumi mungkin kelihatan seperti tidak berubah dari satu tahun ke tahun berikutnya.

Perubahannya kelihatan sangat kecil sehingga memerlukan berabad-abad untuk dirasakan. Putaran Bumi juga melambat sedikit demi sedikit kerana tidak ada geseran pasang surut yang dilakukan oleh Bulan di Bumi dalam keadaan ideal ketika kedua-dua keadaan berinteraksi.

CATEGORIES

COMMENTS