Rani Kulup bagi amaran desak duit KWSP RM10,000 masuk cepat, sekali Tengku Zafrul masuk komen, memang padu

Rani Kulup bagi amaran desak duit KWSP RM10,000 masuk cepat, sekali Tengku Zafrul masuk komen, memang padu

Sejak semalam, media sosial dibanjiri dengan luahan pencarum yang rata-ratanya berkongsi keterujaan mereka apabila pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP RM 10,000 akan dikreditkan bermula hari ini.

Pengumuman tersebut dibuat sendiri oleh M.enteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi hantaran di Facebooknya malam tadi.

Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai esok, diawalkan dua hari berbanding 20 April yang diumumkan sebelum ini.

Berita gembira itu diumumkan M.enteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi akaun media sosial miliknya malam tadi.

“Ramai yang mesej dan komen dalam media sosial saya, “YB, pengeluaran KWSP boleh cepat lagi tak?”.

“Saya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya.

Beliau berharap pengeluaran khas itu akan lebih menceriakan sambutan Aidilfitri Keluarga Malaysia.

KWSP dalam kenyataan semalam memaklumkan, sebanyak 5.3 j.uta permohonan untuk kemudahan Pengeluaran Khas diterima KWSP sejak dibuka pada 1 April hingga Khamis lalu, yang membabitkan amaun pengeluaran berjumlah RM 40.1 bi.lion.

Menurut KWSP, jumlah permohonan itu merangkumi 44 peratus daripada 11.95 j.uta ahli yang layak membuat pengeluaran.

Sehubungan itu, orang ramai mula memberikan pelbagai reaksi di ruangan komen hantaran Facebooknya dan kebanyakan mereka meluahkan rasa syukur.

Mohon Awal, Dapat Awal

Sementara itu, aktivis, Abdul Rani Kulup juga turut meninggalkan komen seolah-olah memberi a.maran kepada Tengku Zafrul sekiranya wang KWSP tidak dikreditkan pada tarikh 20 April ini, dia akan membuat ti.ndakan lanjut.

“KWSP ayah 20 April ini tak masuk, siap ayah kerjakan kau,” katanya.

Lebih menarik, komen tersebut mendapat perhatian Tengku Zafrul dan beliau bertindak membalas komen berkenaan dengan memberitahu sekiranya pemohon membuat permohonan awal sejak 1 April lalu, mereka akan mula mendapatkan wang dalam peringkat paling awal.

“G.arangnya ayah Rani, kalau 1 April dah mohon, insya-Allah boleh dapat cepat, tapi kalau 15 April baru mohon harap nak dapat 20 April, yang itu dapat dalam mimpi sahaja lah,” balasnya.

Menurut Tengku Zafrul, pengkreditan wang pengeluaran khas KWSP pada peringkat awal ini akan diutamakan kepada pencarum yang membuat permohonan paling awal dan ia akan terus disalurkan kepada penerima lain secara berperingkat.

CATEGORIES

COMMENTS