Asmuni bawa 272 kanak-kanak asnaf di Dun Manjoi shopping baju raya menjelang AidilFitri

Asmuni bawa 272 kanak-kanak asnaf di Dun Manjoi shopping baju raya menjelang AidilFitri

Shoping Baju Raya

Memiliki pakaian Hari Raya Aidilfitri merupakan Impian kanak-kanak setiap kali sambutan Aidilfitri terutama anak-anak dari golongan yang kurang berkemampuan.Justeru pada hari ini saya meraikan anak-anak yang berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk membeli sepersalinan pakaian Hari Raya di Mydin Meru Raya.

Alhamdulillah seramai 272 anak-anak yang dipilih dari seluruh dun Manjoi dapat memiliki sepersalinan pakaian Raya untuk dipakai ketika Hari Raya Aidilfitri nanti.Turut hadir pada pagi ini ialah ketua Amanah Kawasan Tambun Dr Fakhruldin Mohd Hashim,Ketua Awan Tambun Puan Jariyah dan barisan Ajk Amanah Kawasan Tambun.

Terima kasih kepada para dermawan yang telah menyumbangkan dana untuk program pada hari ini,tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada para petugas,ARiF dan Awan Tambun yang membantu melancarkan program pada pagi ini.Terima kasih juga kepada pihak mydin Meru Raya yang telah memberikan semua kelengkapan yang diperlukan bagi menjayakan program pada hari ini.

Asmuni Awi

CATEGORIES

COMMENTS