Majlis Iftar PH Perak catat kehadiran penuh wakil 24 parlimen

Majlis Iftar PH Perak catat kehadiran penuh wakil 24 parlimen

Majlis Iftar Pakatan Harapan (PH) Negeri Perak mencatat kehadiran penuh wakil-wakil dari Sekretariat PH 24 Parlimen di negeri Perak.

Pengerusi PH Perak , Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, majlis iftar ini diadakan selepas PH Perak berjaya menubuhkan sekretariat PH di seluruh 24 kerusi Parlimen dlm negeri Perak.

“Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran para pemimpin daripada AMANAH, DAP dan PKR negeri ini.

“Apa yang kami harapkan, pelaksanaan program-program secara  bersama seperti ini dapat mengukuhkan lagi PH Negeri Perak,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Iftar Perdana PH Perak di Hotel Impiana, Ipoh.

Dr Mujahid berkata, majlis berkenaan diadakan bagi mengeratkan hubungan antara kepimpinan ketiga-tiga parti berkenaan.

“Kira-kira 100 orang pimpinan sekteriat PH seluruh negeri Perak telah menghadiri majlis tersebut.

“Turut hadir pimpinan kompenan PH Perak , Sekretariat Pemuda PH Perak , Sekretariat Wanita PH Perak dan Adun-Adun PH Perak ,“ katanya.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh V. Sivakumar, Setiausaha PH Perak, Dr Ahmad Termizi Ramli, Naib Pengerusi AMANAH Perak,  Nga Kor Ming, Pengerusi DAP Perak dan diakhiri dengan ucapan Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa, Pengerusi PH Perak.

Dalam ucapan  Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa, beliau  mengucapkan terima kasih kepada Sekretariat PH Perakyang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis iftar berjalan lancar dengan kehadiran yang cukup baik.

Majlis di akhiri dengan berbuka puasa dan solat maghrib bersama.

CATEGORIES

COMMENTS