Wanita pakai baju-T dan kain batik tukar duit raya RM2 juta

Wanita pakai baju-T dan kain batik tukar duit raya RM2 juta

Aksi bersahaja seorang wanita menukar duit raya dipercayai RM2 juta dengan memakai baju-T dan kain batik mencuri perhatian netizen hingga tular dan menjadi perdebatan berhubung kekayaannya.

Tinjauan Kosmo! mendapati rakaman klip berkenaan yang dimuat naik sendiri oleh Farhana Zahra di akaun TikTok miliknya mendapat lebih dari dua juta tontonan.

Video tular berdurasi 20 saat itu menimbulkan pelbagai spekulasi daripada netizen terhadap wanita terbabit.

“Orang yang betul-betul kaya tidak akan menunjukkan kekayaannya,” kata @Bidi.

“Lemah aku bila tengok keadaan begini. Ada yang berniaga dari pagi sampai ke petang hingga ke malam namun nak dapat RM50 pun susah,” kata @Ciksiti

“Risau nanti kena samun, kita hendaklah sentiasa beringat bahawa sentiasa ada yang memerhati tindak-tanduk kita di dunia ini,” komen @TpgMan

CATEGORIES

COMMENTS