5 cara untuk halau lipan dari masuk ke bilik air

5 cara untuk halau lipan dari masuk ke bilik air

Lipan antara binatang yang selalu dijumpai dalam rumah. Kalau dalam bilik air kerap kali akan muncul anak-anak lipan di lantai hingga buat kita terkejut.

Selain bilik air, haiwan berbiasa ini juga selalu kita jumpa di di tempat yang lembap atau berair. Ini memang tempat yang disukai lipan.

Jadi bagaimana nak menghindari binatang ini masuk dalam rumah kita. Ada beberapa cara yang boleh kita lakukan.

1. Pastikan ruang kering dan bersih

Memandangkan lipan suka tempat yang sejuk, lembap dan berair makan pastikan kawasan seperti dapur, stor atau bawah singki sentiasa kering supaya tak jadi tempat haiwan ini.

2. Tabur garam

Kita juga boleh gunakan garam dalam menghalau pelbagai serangga perosak termasuklah lipan. Taburkan garam pada laluan lipan bagi memastikan ia tidak datang lagi.

Jika garam sudah berkurangan, boleh tambahkan lagi sehingga tidak nampak lagi kelibat lipan.

3. Ubat gegat

Bau ubat ini yang tajam dan kuat memang tak disukai oleh binatang termasuk lipan. Sebab itu ia berkesan dalam menghalau pelbagai serangga. Boleh juga letak ubat ini termasuk di tempat lembap  dalam rumah.

4. Buat semburan cecair pencuci pinggan

Boleh sediakan bancuhan ini, campurkan segelen air suam yang dicampur dua sudu sabun pencuci pinggan. Isi dalam botol semburan.

Sembur pada kawasan yang lembap dan boleh juga sembur terjumpa lipan untuk menghalau dan membunuhnya. Lipan yang terkena air semburan ini akan mati bila air ini mengering

5. Serai

Lipan juga tidak suka bau serai jadi boleh gunakan bahan ini untuk menghalaunya. Boleh tumbuk atau hiris beberapa batang serai dan letak di kawasan yang sering dilalui lipan.

Cara di atas lebih selamat berbanding menggunakan racun serangga terutama bila kediaman ada anak kecil. Selain itu juga boleh gunakan semburan serangga jenis organik yang ada di pasaran.

Semoga bermanfaat

CATEGORIES

COMMENTS