
Pelajar kantoi tengah lepak mamak, lupa off mic masa kelas online
Sejak Covid-19 melanda negara, kehidupan kita juga serta-merta berubah
Sebagai contoh, kita perlu mengamalkan penjagaan dan kebersihan diri dengan sentiasa memakai pelitup muka. Ingat kita masih belum menang melawan wabak berbahaya ini.
Oleh sebab itu, cara kerja dan amalan baru pun banyak telah dipratikkan contohnya dengan work from home atau melakukan pembelajaran secara online saja.
Namun, lain pula dengan video ini apabila seorang pelajar lupa menutup mikrofonnya sedang lepak mamak semasa kelas online telah menarik perhatian.
Lihat video penuh itu di bawah:
@syasyamemoir lect : “ tea tarik pebende kelas dulu ” HAHAHAHAHAHAHA #emediketu
Menerusi video tersebut, kelihatan kelas secara online melalui video call sedang dijalankan.
Namun, tiba-tiba salah seorang pelajar terlupa menutup mikrofonnya menyebabkan semua orang di situ mendengar perbualannya.
Malah, apa yang lebih menarik perhatian adalah dia seperti sedang berada di mamak dan sempat memesan teh tarik.
Situasi itu membuatkan pensyarahnya tergelak dan lalu bercakap “teh tarik apa, kelas dulu” kepadanya.
“Member baru nak pekena teh tarik pagi-pagi” – Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur selepas melihat video itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 231.5K views, 24K likes dan 100 comments di TikTok.