Rumah anda banyak semut? Guna bedak talkum untuk halau semut

Rumah anda banyak semut? Guna bedak talkum untuk halau semut

Beberapa pengguna media sosial memberikan cadangan bahawa bedak talkum dapat membantu menghalau semut daripada ‘menyerang’ rumah, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Seperti laporan akhbar The Express, seorang pengguna media sosial memberitahu sebuah kumpulan sembang di Facebook bahawa dia menggunakan bedak talkum untuk menghalau semut di rumahnya.

“Serbuk talkum. Saya gunakan talkum ketika rumah dipenuhi  semut dan hasilnya amat hebat.

“Amat mudah  untuk melakukannya. Saya hanya menabur bedak talkum berhampiran beberapa sudut  yang menjadi tempat tumpuan semut.

“Selepas beberapa tahun, saya tidak perlu lagi melakukan demikian dan paling penting, kos untuk menghalau semut amat murah,” kata seorang pengguna lain.

Selain itu, beberapa pengguna berikutnya turut berkongsikan perkara yang sama dan mereka mendakwa kaedah itu amat berkesan.

“Saya menabur serbuk talkum di belakang pintu dan ia amat berhasil,” kata seorang netizen.

“Bagi menghalang semut daripada memenuhi rumah, setiap tahun saya menabur serbuk talkum di sepanjang pintu dan tepi tingkap. Sejak itu, tiada lagi masalah tersebut,” jelas seorang lagi.

CATEGORIES

COMMENTS