Walaupun dikecam hebat, lagu raya Aliff Syukri trending no 1 di Youtube, cecah 1.7 juta view

Walaupun dikecam hebat, lagu raya Aliff Syukri trending no 1 di Youtube, cecah 1.7 juta view

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri apabila muzik video lagu rayanya Kelepuk Raya dikecam teruk oleh netizen.

Malah, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telah memanggil usahawan itu untuk memberi keterangan selepas menerima banyak aduan.

Meskipun dikecam, perkongsian terbaru Aliff menjadi perhatian mengatakan dirinya adalah artis nombor satu di Malaysia apabila lagu rayanya trending nombor satu di YouTube selama 8 hari.

Hasil tinjauan mendapati, baru 8 hari dilancarkan muzik video Kelepuk Raya itu sudah mendapat sebanyak 1.5 juta tontonan dan lebih 14,000 komen.

Sementara itu, dalam entri dimuat naik semalam itu Aliff turut memaklumkan ada versi baru lagu rayanya itu iaitu Kelepuk Raya muzik karaoke.

CATEGORIES

COMMENTS