Berdepan saman RM1 juta, ini tindakan balas individu yang kecam Aliff Syukri

Berdepan saman RM1 juta, ini tindakan balas individu yang kecam Aliff Syukri

Individu yang juga penyanyi yang didakw4 memfitnah usahawan kontr0versi Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dengan mengatakan dirinya ‘mem0ndan’ dalam video muzik Kelepok Raya sudah memadam hantaran yang dimuat naik di Instagram itu.

Aliff Syukri, 35, berkata, tindakan individu itu dibuat selepas kenyataan mahu menyaman RM1 juta diterbitkan dalam Harian Metro pada 29 April lalu.

“Terima kasih kepada Harian Metro. Kenyataan kata saya nak saman itu kecoh satu Malaysia. Banyak juga portal dalam talian ‘pick up’,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya adakah tindakan memadam hantaran itu turut disertakan dengan permohonan maaf, Aliff Syukri enggan mengulas lanjut.

“Selebihnya saya tidak mahu komen. Cukup untuk orang tahu dia sudah padam hantaran di Instagram miliknya,” katanya.

Bercerita lanjut, Aliff Syukri bersyukur lagu raya yang mencetuskan kontr0versi itu masih kekal di tangga teratas carta trending YouTube.

“Sudah 12 hari lagu Kelepok Raya ini trending. Orang kutvk-kutvk pun mereka dengar juga tapi saya okay saja. Saya bersyukur lagu ini trending, malah ramai menjadikan ia lagu latar di aplikasi TikTok,” katanya.

Terdahulu, dalam laporan akhbar ini Aliff Syukri berkata kenyataan dimuat naik individu itu di media sosial dianggap keterlaluan selain menyifatkan ia tidak wajar dan sengaja mahu memalukan dirinya pada umum.

“Saya pakai baju Melayu dalam video muzik itu. Saya bukan berpakaian wanita. Jadi, sangat tak wajar dia cakap macam tu.

“Saya jenis tak suka cari gadvh dengan orang. Saya pun tak pernah kenal dia siapa,” katanya.

Komen netizen:

CATEGORIES

COMMENTS