Cuba elak kesesakan lalu lintas untuk pulang ke kota, tersesat dalam hutan gara-gara Waze

Cuba elak kesesakan lalu lintas untuk pulang ke kota, tersesat dalam hutan gara-gara Waze

Menerusi satu klip yang dikongsikan oleh seorang netizen mengenai peristiwa yang menimpa beliau baru baru ini akibat menggunakan aplikasi ‘Waze’ untuk mengelak kesesakan lalu lintas untuk pulang ke kota untuk bekerja kesokan hari.

Kejadian yang berlaku pada lewat tengah malam itu mendapat tontonan lebih daripada 1 juta tontonan dengan mengemukakan pelbagai reaksi akibat ‘kelurusan’ pemandu tersebut mengikut panduan dari aplikasi ‘waze’ sehingga membuatkan pemuda tersebut tersesat dalam hutan berdekatan dengan lebuhraya.

Melalui klip tersebut, pemuda tersebut merakam kejadian yang menimpa oleh beliau dan rakan rakan beliau ketika ingin pulang ke rumah.

Beliau yang mengambil keputusan untuk menggunakan aplikasi ‘waze’ untuk mengelak diri dari terkandas dalam kesesakan lalu lintas akhirnya membawa padah apabila aplikasi tersebut membawa beliau dan rakan rakan beliau masuk di sebuah jalan ke sebuah hutan yang tidak diketahui kedudukan lokasi tersebut.

Keresahn beliau membuatkan beliau terus pemanduan tersebut sehingga sampai ke sebuah lokasi berhampiran pagar di sebuah lebuhraya yang kosong.

Kereta yang dinaiki oleh beliau terhenti akibat kerisauan yang terus bermain dalam akal dan fikiran beliau dan rakan rakan beliau sehinggakan mereka cuba menelefon untuk meminta bantuan untuk keluar dari lokasi tersebut..

Rakaman penuh boleh ditonton di :

CATEGORIES

COMMENTS