Anda ingin membeli rumah, ini 4 cara untuk elak dari ditipu

Anda ingin membeli rumah, ini 4 cara untuk elak dari ditipu

Tidak dinafikan, ramai yang berhempas pulas mengumpul duit untuk membeli rumah. Perit rasanya apabila rumah yang ingin dibeli akhirnya ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Menangis air mata darah sekalipun tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang berlaku.

Kini, penipuan pembelian rumah bukan lagi perkara asing. Apabila bayaran sudah dibuat, rumah tidak kelihatan, duit deposit hangus, dan ada juga yang masih ternanti-nanti rumah yang tidak siap-siap setelah bertahun lamanya.

Apa yang boleh dilakukan untuk kita mengelakkan diri daripada terjebak dengan penipuan seperti ini? Berikut adalah 4 cara yang boleh anda praktikkan.

1. Status Pemaju

Hal ini memainkan peranan yang sangat penting.  Buat semakan tentang status pemaju terlebih dahulu sebelum anda mengambil keputusan membeli unit rumah bersama mereka.

Apa yang perlu anda pastikan adalah sekiranya pemaju ini mempunyai lesen berdaftar yang sah ataupun tidak.

Nak dapatkan maklumat yang terperinci, anda boleh membuat carian maklumat syarikat di laman sesawang Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

2. Deposit

Elakkan dari membayar wang deposit secara tunai kepada pihak pemaju hartanah. Gunakan kaedah bayaran lain selain daripada bayaran tunai ini. Pastikan anda mendapat resit rasmi terhadap bayaran yang dilakukan.

Ini bagi mengelakkan bayaran deposit anda dimanipulasi oleh pihak pemaju jika tiada resit sebagai bukti kukuh pembayaran. Jangan meletakkan kepercayaan 100% kepada pemaju hartanah.

3. Tapak Projek

Lebih selamat rasanya jika anda sendiri sebagai pembeli datang melawat tapak projek perumahan yang sedang dalam pembinaan bagi memantau sendiri perkembangan pembinaan perumahan tersebut.

Cara ini dapat membantu anda menilai secara kasar kerja-kerja yang dilakukan dan berpuas hati kerana dapat melihat dengan mata sendiri setiap fasa perkembangan pembinaan dari mula dibina sehingga siap sebuah rumah.

4. Dokumen Hitam Putih

Pastikan di tangan anda terdapat salinan dokumen perjanjian perumahan. Sebelum itu, baca satu persatu setiap isi kandungan yang dinyatakan di dalam dokumen perjanjian bagi mengelakkan berlaku salah faham.

Biasanya, dalam perjanjian pembelian, akan tertera nama pembeli, penjual, bayaran kepada akaun yang berkenaan juga syarat – syarat lain pembelian.

Bagi membantu anda memahami terma-terma dalam perjanjian, dapatkan bantuan rakan-rakan anda yang mempunyai latar belakang undang-undang untuk menerangkan semula kepada anda.

Takut-takut ianya kurang memuaskan, nanti nak apply pinjaman tak lepas pula.

  • Bagaimana pula dengan hutang kad kredit, bayar tepat pada masanya atau tidak?
  • Pernahkah anda terlibat dengan sebarang masalah undang-undang atau muflis?
  • Berapa pula Debt to service ratio (DSR) anda?

Dengan TechRevo, kini anda boleh dapatkan laporan kewangan dengan cepat dan mudah.

Bukan itu sahaja, semua pengiraan berkenaan dengan permohonan pinjaman akan dilakukan berdasarkan apa yang bank mahu.

Yang lagi bestnya, di penghujung laporan nanti ada pilihan bank dengan tawaran terbaik khusus untuk anda.

Dengan harga promosi RM14.90, anda akan dapat:

✅ Ketepatan 99% pengiraan DSR + kelayakan pinjaman perumahan
✅ Laporan CCRIS untuk 12 bulan
✅ Kes undang-undang, muflis

CATEGORIES

COMMENTS