Berang kereta pandu laju di kawasan kampung, lelaki ini buat ‘speed trap’ palsu di hadapan rumahnya

Berang kereta pandu laju di kawasan kampung, lelaki ini buat ‘speed trap’ palsu di hadapan rumahnya

Masalah moden memerlukan penyelesaian moden. Untuk itu, seorang pakcik telah menarik perhatian warga maya apabila tampil dengan penyelesaian bijak bagi mengurangkan masalah pengguna jalan yang memandu laju di hadapan rumahnya.

Dalam satu hantaran tiktok oleh @fiezamieza, ‘pakcik’ tersebut yang merupakan ayahnya tinggal di kawasan kampung. Walaubagaimanapun, keadaan jalan yang lurus menyebabkan kebanyakan pengguna jalan tersebut memandu dengan laju justeru membahayakan penduduk setempat.

@fiezamieza

Perangai ayah aku 😂 🤣 #fyp #fypviral #fypシ

♬ Laughing – Gianluca Marino

Oleh itu, pakcik berkenaan telah tampil dengan idea yang bijak iaitu berlakon seolah-olah pegawai penguatkuasa sedang melakukan operasi pandu laju. Malah, dia juga turut menyarungkan vest pemantul cahaya untuk kelihatan lebih mirip dengan pegawai penguatkuasa.
Lebih menarik lagi, kamera ‘speed trap’ yang digunakan oleh pakcik tersebut hanyalah kamera perakam biasa (berkemungkinan tidak dihidupkan pun) serta lampu bulat yang selalu digunakan untuk ber-selfie.

Menurut Fieza lagi, taktik tersebut berjaya kerana kebanyakan pengguna jalan raya didapati memperlahankan kenderaan apabila terserempak dengan ‘kelibat’ tersebut.

Semangat untuk menyelesaikan masalah setempat seperti yang ditunjukkan oleh pakcik ini memang patut dipuji. Selain daripada dapat menjaga ketenteraman, ia juga merupakan suatu langkah keselamatan yang baik untuk penduduk dan juga pengguna jalan raya.

CATEGORIES

COMMENTS