
Tak perlu beratur panjang di IPD, ini cara bayar saman melalui mesin ATM
Tarikh 12.12 kali ini bukan sahaja menjadi tarikh walimatul urus atau jualan dalam talian semata-mata namun juga menyaksikan orang ramai melangsaikan saman dengan barisan panjang di hadapan IPD.
Bersempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, Polis Diraja Malaysia menawarkan diskaun sehingga 80% untuk saman trafik terpilih yang kini telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.
Usah bimbang, anda juga sebenarnya boleh membayar saman melalui ATM tanpa perlu beratur panjang di IPD. Ini langkahnya:
1.Pada paparan ATM, pilih “Paybills”.
2.Pilih “Pembayaran Saman PDRM”.
3.Masukkan nombor kad pengenalan.
- Jika anda membayar untuk orang lain, maka masukkan nombor kad pengenalan mereka.
4.Pilih saman yang ingin dilangsaikan.
5.Pilih untuk cetak resit dan simpannya untuk rujukan.
Pun begitu, ia cuma boleh dilakukan melalui ATM Maybank dan dibayar satu-persatu.