Kerap sangat berlaku kesesakan, Ahli Parlimen ini tampil dengan 8 cadangan bijak lancarkan aliran trafik di plaza tol

Kerap sangat berlaku kesesakan, Ahli Parlimen ini tampil dengan 8 cadangan bijak lancarkan aliran trafik di plaza tol

Seperti yang anda tahu, plaza tol di Malaysia adalah antara lokasi yang sering mengalami kesesakan. Baru-baru ini, Ahli Parlimen Bangi iaitu Dr Ong Kian Ming tampil dengan 8 cadangan yang bijak bagi melancarkan aliran trafik di plaza tol.

Analisis data yang besar juga dapat membantu PLUS dan Touch ‘n Go untuk mengenal pasti kawasan yang sesak, sekaligus dapat menambah kakitangan sokongan di kawasan tersebut untuk menyelesaikan masalah pembayaran.

Selain itu, beliau turut mencadangkan penggunaan SMS atau notifikasi untuk mengingatkan pengguna sekiranya baki e-dompet MyRFID mereka rendah. Dalam masa yang sama, pengguna digalakkan guna fungsi tambah nilai automatik supaya aliran untuk melepasi plaza tol bergerak dengan lancar.

Antara cadangan lain yang beliau kemukakan adalah penggunaan MyRFID menyeluruh yang turut meliputi kenderaan komersial seperti bas dan lori serta penyediaan kad Touch ‘n Go baharu yang mana pengguna boleh tambah nilai terus dari talian. Pada masa yang sama, beliau turut meminta MyRFID untuk dipautkan kepada sistem pembayaran lain supaya pengguna lebuh raya ada pelbagai lagi pilihan pembayaran dalam talian.

Jadi, inilah antara cadangan yang boleh dipertimbangkan bagi mengekang situasi plaza tol yang sesak.

CATEGORIES

COMMENTS