
Kerja sendiri mana ada payslip, pakar hartanah ini ajar macam mana nak mohon pinjaman perumahan dekat bank
Kalau bekerja sendiri boleh ke lepas nak buat pinjaman buat beli rumah? Kerja sendiri mana ada payslip, macam mana nak mohon pinjaman perumahan dekat bank? Ini lah persoalan yang sering kali diutarakan oleh mereka yang bekerja sendiri. Bagi mereka, kalau tiada payslip memang susah la nak mohon pinjaman dekat bank ni.
Seorang pakar hartanah, Najib Mohamed terangkan secara terperinci bagaimana untuk memohon pinjaman perumahan di bank walaupun tiada slip gaji. Rupanya mudah je kalau ikut panduan dia ni.
Pastikan korang bawa dokumen berikut
- Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) – Jika Enterprise Borang E dan lampirannya
- Penyata akaun bank syarikat (Selalunya akaun semasa) dan jika ada mengambil gaji sediakan juga penyata akaun simpanan/ semasa kita. Sediakan sekurang-kurangnya penyata 6 bulan yang terkini.
- Berdaftar dengan LHDN. Sudah membuat taksiran cukai pendapatan. Sediakan Slip pengesahan penerimaan e-B bagi tahun taksiran dan bukti pembayaran (jika menggunakan e-filing).
- CCRIS (Central Credit Reference Information System) dalam keadaan yang baik. Ambil slip CCRIS di Bank Negara.
- Jika ada simpanan yang agak munasabah, sertakan sekali sebagai dokumen sokongan.
Kalau tak ada slip gaji, macam mana bank nak buat semakan?
Kalau nak tahu, buat pemohon yang bekerja sendiri tanpa payslip ni, pihak bank akan mengira keseluruhan jumlah yang masuk ke dalam akaun perniagaan setiap bulan. Setiap itu lah pentingnya penggunaan akaun semasa kerana ianya akan memudahkan kerja. Mengapa? Sebab penyata akan dikeluarkan secara bulanan berbeza dengan akaun simpanan.
Satu tips di sini ialah pastikan semua duit perniagaan masuk ke dalam akaun perniagaan sejurus tutup perniagaan setiap hari. Tidak kira lah jika korang berniaga di pasar malam ataupun punyai kedai sendiri yang memang 100% menggunakan wanng tunai, bank in terus dalam akaun.
Ini adalah contoh jumlah kredit dalam perniagaan:
Bulan 1: RM55,000
Bulan 2: RM63,000
Bulan 3: RM49,000
Bulan 4: RM52,000
Bulan 5: RM58,000
Bulan 6: RM60,000
Secara kasarnya, purata perniagaan adalah sekitar RM56,000. Pihak bank hanya akan lihat 20% sahaja sebagai gaji pemohon. Jadi selebih 80% itu dianggap sebagai kos atau juga stok. 20% daripada jumlah keseluruhan bermakna 20% X RM56,000 = RM11,200. Ini lah nilai yang dikira untuk kelayakan mendapat pinjaman.
Jadi saya layak ke untuk buat pinjaman?
Bergantung pada pendapatan, komitmen perbelanjaan dan juga disiplin sebagai peminjam iaitu CCRIS. Jika dilihat pada gambar pertama, CCRIS yang teruk.Memang mustahil akan dapat buat pinjaman beli rumah. Berbanding dengan gambar kedua, CCRIS yang cantik dan clean je. Peratusan kelulusan amat tinggi sekali dan tiada masalah.