Wanita ini kongsi tips buat telur gedik dengan sempurna, mudah sangat

Wanita ini kongsi tips buat telur gedik dengan sempurna, mudah sangat

Telur mata atau telur gedik yang sempurna, memang cantik diletakkan di atas juadah makanan, namun tak semua orang tahu cara untuk membuatnya.

Menerusi perkongsian daripada Laila Mijan ini, dia menunjukkan cara yang mudah untuk membuat telur gedik dengan sempurna.

CARA BUAT TELUR GEDIK DENGAN SEMPURNA

BAHAN-BAHAN:

Telur
Minyak masak
Senduk bulat
Spatula lembut

CARA-CARA:

1.Mula-mula, masak di dalam periuk sehingga mendidih.

2. Kemudian, ambil senduk besar dan celupkan di dalam air panas. Angkat dan sapukan minyak masak supaya telur tak melekat.

3. Kemudian, pecahkan telur di dalam bekas lain. Ini bagi memastikan telur tidak rosak. Tuang telur tersebut pada senduk tadi.

4. Secara perlahan-lahan, letak senduk di permukaan air panas tadi, tetapi jangan sampai tercelup ye.


5. Apabila dah nampak sekeliling telur memutih nak masak, barulah rendam terus senduk tu sekejap dan akan dapat bentuk telur gedik seperti dalam gambar.

6. Cara nak keluarkan telur dari senduk, guna alat spatula lembut secara berhati-hati. Selamat mencuba.

CATEGORIES

COMMENTS