Wanita ini kongsi tips nak bagi ayam goreng berempah sedap dan rangup

Wanita ini kongsi tips nak bagi ayam goreng berempah sedap dan rangup

Siapa yang tak suka ayam goreng kan? Semua orang suka ayam goreng. Tapi macam mana nak buat ayam goreng yang sedap?

Melalui perkongsian daripada saudari Rohana Mat Ramli, dia menggunakan resipi ini untuk meniaga nasi bajet ayam goreng berempah.

CARA BUAT AYAM GORENG BEREMPAH RANGUP

BAHAN-BAHAN:
(untuk 4 ekor ayam)

*1 genggam cili kering kisar
*10 batang serai (nak letak lebih pun boleh) | potong kasar
*2 labu bawang putih
*3 biji bawang besar
*1 ketul besar halia
*Lengkuas
2 senduk serbuk kari
Kunyit @ serbuk kunyit
1 paket kecil tepung jagung
Sebelah kelapa parut (inilah bahan penyedap rasa & penambah kerak ayam goreng berempah)
Daun kari
2 sudu gula
Garam secukup rasa
1 biji telur

CARA-CARA:

1. Sangai bahan ketumbar, jintan manis, jintan putih. Kemudian dikisar kasar.
2. Bahan yang bertanda (*) dikisar. Ketepikan.
3. Ayam dipotong dan dibersihkan. Kalau ayam saiz kecil potong 10, kalau besar sikit potong 12. Lepas dibersih, toskan airnya.
4. Di dalam satu bekas/besen yang besar, gaulkan bahan yang dikisar dengan ayam. Gaul hingga kesemuanya sebati. (klik di sini untuk video)
5. Perap sekejap, kemudian sedia untuk digoreng.

CARA BUAT KUAH KARI BIASA

1. Tumis daun kari, bawang putih dengan bawang merah yang dimayang sampai garing.
2. Masukkan rempah yang dibancuh dengan air sampai pecah minyak. Kemudian, masukkan pati santan. Masak lagi sikit sampai pecah minyak.
3. Masukkan ayam dan kaki ayam atau apa saja. Kacau, kemudian masukkan santan cair, bahan perasa secukup rasa. Dah siap.

CATEGORIES

COMMENTS