Cara memohon Bantuan Kanak-kanak JKM sehingga RM1,000

Cara memohon Bantuan Kanak-kanak JKM sehingga RM1,000

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) pada mulanya merupakan sebuah bantuan untuk keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Kepada kanak-kanak yang layak, ibu-bapa boleh memohon bantuan kanak-kanak ini daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bergantung pada beberapa kriteria, kanak-kanak ini boleh memperoleh bantuan sebanyak RM150 sebulan (minimum) sehingga RM1000 sebulan (maksimum).

Permohonan amaun RM1000 ini boleh dibuat melalui pembentangan dalam Bajet Belanjawan di Dewan Rakyat, selari dengan peningkatan kos sara hidup masa kini.

Nilai Bantuan: 

Nilai bantuan BKK adalah dari RM150 sehingga RM1,000:

  • RM200 seorang : Bagi anak berumur 6 tahun dan ke bawah,
  • RM150 seorang : Bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun.
  • RM1,000: Kadar bantuan maksimum bagi keluarga sebulan.

Cara Memohon: 

Berikut merupakan langkah-langkah untuk memohon:
Langkah 1: Pemohon hendaklah membuat permohonan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ bahagian terdekat.
Langkah 2: Pemohon dikehendaki membawa beberapa dokumen sokongan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat.

Dokumen Sokongan:

Berikut adalah dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan untuk membuat permohonan:
  1. Satu salinan Kad Pengenalan Diri pemohon
  2. Satu salinan Kad Pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama.
  3. Satu salinan sijil kelahiran anak-anak/ ahli keluarga yang tinggal bersama.
  4. Satu salinan penyata gaji (jika ada)
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal Jabatan Kebajikan Masyarakat atau hubungi taian 03-8000 8000

CATEGORIES

COMMENTS